Anwar hari ini mempengerusikan mesyuarat tentukan pengerusi PKR Sarawak? 0 5908

KUCHING: Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berada di sini bagi menghadiri mesyuarat parti hari ini yang dijangka menyentuh tentang pengerusi PKR Sarawak.

Ketua PKR Cabang Betong Vernon Kedit cuma mengesahkan mesyuarat adalah bagi membincangkan hal ehwal parti.

“Ia mesyuarat tertutup. Telefon bimbit akan diletakkan di pintu masuk bagi memastikan privasi (mesyuarat),” katanya apabila ditanya mengenainya malam tadi.

Tanpa mendedahkan masa dan lokasi mesyuarat, Vernon turut memaklumkan tiada sidang media akan diadakan.

Jawatan itu disandang Baru Bian sejak 2014.Semalam, PKR mengumumkan lantikan baharu bagi jawatan tersebut bagi enam negeri.

Bernama melaporkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Anwar Ibrahim telah mengadakan sesi rundingan bersama ketua-ketua cabang PKR dan bersetuju untuk melantik pengerusi-pengerusi MPN parti.

Setakat ini, senarai Pengerusi MPN telah diumumkan ialah seperti berikut, Perak dipengerusikan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, Aminuddin Harun (Negeri Sembilan), Datuk Johari Abdul (Kedah), Datuk Christina Liew Chin Jin (Sabah), Zahir Hassan (Kuala Lumpur) dan Halim Bachik (Melaka).

Cuma PKR Sarawak dan Sabah mempunyai autonomi dalam pemilihan pengerusi. Negeri-negeri lain, jawatan itu dilantik oleh presiden.

Di dua negeri itu, ketua-ketua cabang diberi kuasa mengundi calon pilihan mereka dan presiden akan mengumumkan.

Adakah Baru yang juga Menteri Kerja Raya akan kekal? Adakah tempatnya akan diganti Ahli Parlimen Julau Larry Sng, atau orang lain?

Kongres PKR diadakan pada pertengahan November lepas, dan menyaksikan Anwar disahkan sebagai presiden menggantikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Larry merupakan satu-satunya ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dari Sarawak yang diumumkan menerusi kongres itu.

Beliau menyertai PKR selepas memenangi kerusi Parlimen Julau menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13153

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12622

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news