Terkini: 6 buah rumah telah ditengelami air di Kampung Jugan di Bau 0 6546

Bau: Hujan lebat yang turun sejak dari petang tadi telah menyebabkan kira-kira 6 buah rumah ditengelami air di Kampung Jugan sekitar jam 7 malam tadi.

Hasil pemeriksaan dan pemantauan daripada pihak APM, air naik berpunca daripada limpahan air sungai dan keadaan bertambah buruk bila sistem perparitan tersumbat.

Setakat ini air telah naik ke dalam rumah setinggi 3 kaki setengah dan pihak APM masih lagi di lokasi sebagai langkah berjaga-jaga. Ketua kampung juga telah dimaklumkan supaya memaklumkan kepada penduduk kampung untuk bersiap sedia berpindah ke tempat yang selamat. -Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news