Terkini: Kerajaan Sarawak umum bantuan khas RM500 kepada penjawat awam 0 439

Kuching: Kerajaan Negeri Sarawak sebentar tadi telah bersetuju memberi bantuan khas kepada penjawat awam khas sempena sambutan hari raya Aidilfitri dan Gawai Dayak. Pembayaran bantuan khas ini akan mulai dibayar 23 Mei ini – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terung asam bakal tembusi pasaran Singapura 0 26

BAU: Terung asam ataupun dikenali sebagai Terung Dayak merupakan salah satu produk Sarawak yang bakal menembusi pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglass Uggah Embas berkata, negara Singapura kini berminat untuk membeli produk Sarawak seperti udang, terung asam, jambu batu dan ikan tilapia.

Sehubungan itu, beliau menggesa para petani dan para usahawan untuk tidak melepaskan dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Jelasnya, Sarawak harus memastikan jumlah produk berkenaan sentiasa mencukupi memandangkan ianya akan mempunyai pasaran baharu dan akan memastikan kualiti untuk setiap produk.

Tambah beliau lagi, setakat ini Sarawak telah mengeksport 1,200 babi hidup setiap minggu ke Singapura.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu di Dewan Serba Guna Kampung Skio semalam.

Pada majlis yang sama, beliau turut meluluskan geran RM500,000 untuk penanaman halia, nanas dan jagung muda di kawasan DUN Serembu.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah menegaskan kerajaan kini sedang dalam proses mengubah sektor pertanian negeri menerusi pertanian moden.

Spread the news

17 nelayan Vietnam ditahan, bot dirampas di Bintulu 0 28

BINTULU: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas sebuah bot nelayan Vietnam bersama peralatan dan pelbagai jenis ikan yang dianggarkan bernilai hampir RM1juta dalam Ops NagaTimur 01/19
kira-kira 106 batu nautika dari utara Tanjung Kidurong, Bintulu, Ahad lalu.

Dalam operasi tersebut, agensi itu turut menahan 17 krew vessel berumur antara 18 hingga 49 tahun.

Timbalan Pengarah Zon Maritim (Operasi) Bintulu, Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil dalam sidang medianya berkata kesemua suspek ditahan oleh Kapal Maritim Sri Aman (KM Sri Aman) yang sedang mengadakan rondaan operasi sempena Op Naga Timur 01/19 kira-kira jam 8 pagi.

Beliau berkata vesel nelayan asing terbabit disyaki telah melakukan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran dan tidak memiliki permit penangkapan ikan yang sah di perairan Malaysia.

Vesel bersama suspek, katanya, ditunda masuk ke Pelabuhan Kedua Bintulu untuk siasatan lanjut.

Kesemua krew warganegara Vietnam terbabit kini direman selama 14 hari dan akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, tambah Effendy lagi.

Beliau, dalam pada itu, berkata Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu sentiasa mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan perlakukan jenayah, kemalangan atau insiden di laut.

Maklumat, katanya, boleh disalurkan terus ke pusat operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314237 atau melalui laman facebook: Zon Maritim Bintulu & TWITTER: Zon Maritim_Bintulu@ZBintulu. – SarawakVoice

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link