Difitnah hidap HIV, pemilik restoran buat laporan polis 0 5748

SIBU: Pemilik Restoran Alibaba, Eddie Yeo membuat laporan polis berhubung penyebaran dakwaan mengatakan beliau dan tukang masak restoran tersebut disyaki menghidapi penyakit HIV.

Kesal dengan dakwaan yang tular di media sosial, satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu agar tindakan selanjutnya dapat diambil.

Eddie berkata, berita palsu yang tular pada 27 April lalu itu disebarkan oleh individu yang tidak kenali.

“Ini adalah satu fitnah terhadap diri saya dan perniagaan saya. Secara tidak langsung, ia telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, sekali gus menjejaskan perniagaan saya.

“Laporan polis yang dibuat adalah sebagai peringatan serta untuk siasatan pihak polis. Di samping itu, saya turut mempertimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas penyebar berita palsu berkenaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Bagi menjelaskan kepada masyarakat terutama kepada pelanggannya bahawa berita itu tidak benar, Eddie yang mempunyai tiga buah cawangan Restoran Alibaba di Sibu dan dibantu oleh lebih 30 orang kakitangan, telah membuat ujian darah di makmal diagnostik swasta di sini.

Hasil keputusan ujian darah tersebut, beliau dan kesemua kakitangannya disahkan negatif atau bebas daripada penyakit HIV.

“Keputusan ujian darah ini juga telah saya serahkan kepada pihak Jabatan Kesihatan untuk tindakan lanjut daripada pihak mereka,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat tidak lagi percaya dengan penyebaran berita palsu berkenaan yang telah memberi kesan kepada diri dan keluarga, lebih-lebih lagi terhadap perniagaan nya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news