Terkini: Kesemua 47 tahanan Malaysia dibebaskan 0 6881

Inilah Delegasi yang diketuai oleh YB Fatimah, di sebalik kejayaan pembebasan kesemua tahanan Malaysia

Kemboja: Kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey telah dibebaskan lewat petang ini selepas beberapa perundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia yang diketuai oleh YB Fatimah dan Datuk Seri Wan Junaidi.

Difahamkan ketika ini pihak Delegasi dari Sarawak tengah mengatur dokumen dan tiket untuk membawa kesemua tahanan pulang ke Malaysia dalam beberapa hari lagi.

Apapun Jutaan terima kasih kepada kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari kerana begitu prihatin kepada semua tahanan dan tindakan beliau menghantar delegasi yang diketuai oleh YB Fatimah dan Datuk Seri Wan Junaidi harus lah kita puji.

Tahniah juga kepada YB Fatimah kerana begitu komitmen bersama delegasi Sarawak yang lain bagi berunding dengan pihak kerajaan Kemboja sehingga membolehkan kesemua tahanan dibebaskan. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12984

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12364

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news