Terkini: Kisah Stanley Kho yang dijumpai 0 8237

Bau: Setelah hampir seminggu hilang akhirnya pagi ini keajaiban telah berlaku di Gunung Singai apabila Stanley Kho berjaya ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan selamat.

Menurut info awal mangsa telah ditemui sekitar jam 8.40 pagi dari jarak hanya 300 meter dari pasukan penyelamat dalam keadaan lemah.

Menurut info lagi sebelum mangsa ditemui, penduduk kampung yang menyertai operasi dilaporkan terdengar suara orang meminta tolong dan pasukan penyelamat telah dihantar ke lokasi bagi mendapatkan mangsa.

Setakat berita ini ditulis difahamkan kerja-kerja menurunkan mangsa sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat. – Kamek Miak Sarawak

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news