Chong Wei: Saya akan kembali ke gelanggang 0 7113

Biarpun sedang menjalani rawatan untuk masalah barah atlet badminton negara Datuk Lee Chong Wei tetap menampakkan semangat yang tinggi.

Pada usia 35 tahun dan menghidap barah hidung peringkat awal Chong Wei berkata dia bertekad untuk kembali beraksi di gelanggang.

“Tunggu saya. Saya akan kembali ke gelanggang. Jangan lupakan saya lagi, saya masih ada di sini,” katanya seperti dipetik portal berita mStar Online hari ini.

Pemenang tiga pingat perak sukan Olimpik itu sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Taiwan dan dijangka pulang ke Malaysia hujung bulan ini.

Semalam Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Norza Zakaria mengesahkan Chong Wei menghidap barah peringkat awal namun proses rawatan yang dijalankan mendapati tindak balas daripada atlet terbabit adalah positif.

Kementerian Belia dan Sukan pula menegaskan kerajaan sedia memberi sokongan kepada Chong Wei bagi menghadapi situasi berkenaan.

Kata Chong Wei dia masih mahu terlibat dalam pertandingan kompetetif selepas selesai menjalani rawatan berkenaan.

Dia berada di Taiwan bersama isterinya Wong Mew Choo.

Turut menemani ialah dua anak mereka iaitu Kingston dan Terrance.

Chong Wei juga menyatakan rasa terharu atas keprihatinan ditunjukkan rakyat Malaysia.

“Saya akan beri kenyataan lanjut selepas pulang nanti,” katanya.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7563

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5213

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news