Tiada halangan PPBM masuk Sarawak- Abang Jo 0 5645

SANTUBONG: Tiada halangan bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengembangkan cawangan ke Sarawak, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Katanya, perkara itu terpulang kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskannya.

“Itu (PPBM) parti dia (Dr Mahathir) dan terpulang kepadanya untuk menyebarkan parti dia,” katanya kepada media selepas melakukan kunjungan Aidilfitri di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Puan Sri Jamilah Anu di sini, malam ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir mengenai PPBM bercadang melebarkan sayapnya ke Sarawak bagi memenuhi permintaan rakyat negeri itu yang mahukan parti itu bertapak di sana.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM, dilaporkan berkata langkah itu juga seiring dengan keadaan semasa di Sarawak, di mana parti politik dalam Pakatan Harapan seperti PKR dan AMANAH telah berada di sana selain PAS.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, ketika ini pihaknya memberi fokus sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara parti politik tempatan di Sarawak.

“Kami belum menerima butiran sebenar apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir (seperti yang dilaporkan petang tadi). Mungkin juga salah ‘quote’….,” katanya.

Mengenai pertemuan dengan Dr Mahathir di Kuala Lumpur, semalam, Abang Johari menafikan mereka berbincang mengenai kerjasama antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan Pakatan Harapan (PH).

“Tiada sebarang perbincangan politik… kami betul-betul beraya di rumah beliau dan hanya bercakap mengenai makanan saja,” katanya.-Berita Harian Online 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13514

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news