Tiada laporan beras tiruan di Mukah setakat ini 0 5745

MUKAH: Belum ada sebarang laporan mengenai penjualan beras tiruan di kawasan Mukah setakat ini.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah, Moss Baok berkata, orang ramai perlu membuat laporan kepada pihaknya jika terdapat kes sedemikian.

“Perlu lapor kepada kira (KPDNHEP) jika ada kes seperti itu,” katanya kepada Utusan Borneo.Bagi mengelakkan terbeli beras tiruan juga, beliau menasihati orang awam untuk membeli beras yang biasa dibeli untuk kegunaan seharian.

Sebarang keraguan atau pertanyaan katanya turut boleh diajukan kepada pihaknya.Moss pada masa sama memberitahu pihaknya tetap menjalankan pemeriksaanrutin harian di premis-premis di Mukah.

Minggu lepas media tempatan melaporkan bahawa terdapat beras tiruan dijual di Sibu.Bagaimanapun, ia masih dalam siasatan dan sampel beras tiruan berkenaan dihantar ke sebuah makmal di Johor bagitujuan analisis. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news