Lelaki dipenjara 3 bulan gara-gara curi syampu di Miri 0 6182

MIRI: Gara-gara mencuri empat botol syampu bernilai RM43.40, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah Sudirman Othman, 31, dari Kampung Tudan Fasa 3 di sini mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah mencuri empat botol syampu yang kesemuanya bernilai RM43.40 milik sebuah kedai menjual pelbagai keperluan rumah yang diletakkan di bawah jagaan Zamry Adie Engkanis.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6 petang, 3 November lalu di kedai tersebut yang terletak di kompleks beli-belah Permymall, Bandar Baru Permyjaya di sini.

Ketika rayuan, tertuduh merayu hukuman ringan dan mengaku telah mencuri empat botol syampu itu kerana mengalami kesulitan wang. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15340

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8410

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news