Tiga Bintang Sensasi Internet Thailand Kini Berada Di Malaysia 0 9323

TIGA bintang sensasi internet dan pelawak terkenal Thailand antaranya dikenali sebagai Happy Polla dan Mader Sitang serta seorang lagi dalam bidang yang sama kini berada di Malaysia.

Mereka akan berada di Malaysia untuk mempromosi sebuah laman web, tetapi tidak dinyatakan secara terperinci.

Dalam status terbaru Facebook Mader Sitang, dia memuat naik sebuah video ketika berada di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memberitahu bahawa dia sudah tiba di sini.

Happy Polla pula baru selesai membuat promosi di Kota Kinabalu, Sabah dan kini akan bertemu dua lagi rakannya di semenanjung Malaysia.

Sitagsus Bao atau Sitang Buathong atau lebih dikenali sebagai “Mader Sitang” berumur 59 tahun menjadi viral di internet pada mulanya kerana tarian yang dikenali sebagai “head throw dance” tersebar di internet, malangnya dia hanya menjadi terkenal disebabkan perkara itu.

Mader Sitang sebelum ini merupakan seorang peguam profesional, pada umur 40 dia berhenti menjadi peguam dan fokus sepenuh masa dalam bidang mempromosi produk kecantikan dan melakukan gimik tertentu atas jemputan di negara seperti Filipina.

Sebelum ini, kehadiran Happy Polla dalam klip video penyanyi terkenal Hael Husaini menerima kritikan dari netizen yang tidak menyenangi perkara itu.

Hael menjelaskan, dia tahu bahawa ramai pihak tidak menyenangi perkara itu, namun baginya terpulang kepada penonton untuk menilai dari sudut positif atau pun negatif.

“Memang orang tak suka dan pandang negatif perkara ini tapi kadang-kadang apa kita buat pun tak semestinya semua orang suka. Malah kalau kita buat perkara kebaikan pun akan ada orang yang kata kita menunjuk.

“Jadi pada saya, benda akan jadi negatif kalau orang pandang ia dari sudur negatif, tapi kalau sebaliknya maka positiflah. Maka ia terpulang pada orang yang menonton nak pandang dari sudut mana,” katanya.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12895

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12188

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news