Tiga jentera bomba dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak, selepas aduan tingkat 8 terbakar 0 5826

KUCHING: Penghuni wad lelaki di tingkat 8, Hospital Umum Sarawak petang semalam gempar apabila berlaku kebakaran kecil di bilik staf doktor yang bertugas.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, sejurus mendapat maklumat kecemasan sekitar jam 6.16 petang, tiga jentera FRT dan dua buah ambulans EMRS pantas diatur gerak ke lokasi sensitif itu dengan kekuatan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Kuching dan Tabuan Jaya.

“Setiba di lokasi, pasukan melaporkan bahawa kebakaran kecil berlaku disebabkan litar pintas, yang kemudian membakar lampu kalimantang di bahagian siling bangunan tersebut.

“Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan oleh ‘pasukan Tindak Balas Kecemasan’ hospital berkenaan, menggunakan alat pemadam api mudah alih jenis debu kering, sebelum ketibaan pihak bomba.

Pasukan terlibat katanya, kemudian bertindak memeriksa serta memastikan api padam sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.38 petang. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news