KUCHING: Tiga lagi kawasan baharu di Sarawak diisytihar kawasan wabak rabies- Rh. Lanchun, Sg. Tenggang dan Golden Fame Oil Palm Plantation, Pantu dari Sri Aman serta simpang kawasan Layar, Betong.
Pengisytiharan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini.
Menurut kenyataan itu, memandangkan tiga kawasan ini berada di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytihar wabak Rabies, maka kawasan tersebut adalah merupakan kawasan yang ke-36 wabak Rabies. – Utusan BorneoΒ Online