Tiga maut kemalangan di Jalan Tatau-Bintulu 0 5982

BINTULU: Tiga maut apabila kenderaan mereka hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 6 Jalan Tatau-Bintulu 1.45 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superitenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa maut dikenalpasti sebagai Bakie Ladin, 33 (pemandu) dan dua penumpang, Jeanety Liah Lana Lily, 8 serta Sai Imong, 71.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pertama dari arah Bintulu menuju ke Tatau hilang kawalan melalui satu selekoh dan berselisih dengan sebuah kenderaan lain dari Tatau menuju ke Bintulu dan bertembung dengan sebuah lagi kenderaan yang mengekori di belakang kenderaan yang menghala ke Bintulu tersebut,” ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut menyebabkan pemandu dan dua orang penumpang kenderaan pertama meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang penumpang mengalami cedera parah di bahagian muka dan kaki kanan.

Katanya, pemandu kenderaan kedua tidak mengalami sebarang kecederaan manakala tiga orang penumpangnya pula hanya mengalami cedera ringan.

Manakala pemandu dan tiga penumpang kenderaan ketiga pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketiga-tiga mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian telah dibawa ke rumah mayat Hospital Bintulu,” jelasnya.

Tiga orang penumpang kenderaan kedua yang cedera dibawa ke Klinik Tatau sebelum dirujuk ke Hospital Bintulu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13410

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news