Tindakan fitnah GPS, perbuatan terdesak 0 5700

KUCHING 11 Ogos – Pergerakan Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang semakin ligat memfitnah mereka sejak kebelakangan ini.

ABANG JOHARI TUN OPENG

Menurut Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda GPS, Fazzrudin Abdul Rahman, tindakan tersebut dilihat sebagai perbuatan terdesak pihak tertentu dalam usaha memburuk-burukkan GPS dan mengelirukan rakyat.

Katanya, Pemuda GPS melihat ada cubaan terdesak pihak tertentu untuk meraih sokongan rakyat Sarawak kepada usaha menubuhkan parti baharu dengan ‘mengapi-apikan’ kononnya beberapa wakil rakyat mereka akan keluar parti.

“Semalam, dakwaan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin, sudah diterima menyertai PKR disertakan gambar borang palsu mengenai penerimaan keahlian disebar dimedia sosial.

“Baru-baru ini juga tersebar poster Kabinet bayangan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pas mengaitkan nama dua pemimpin kanan GPS iaitu Ketua Whip GPS merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menafikan perkara itu semalam,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat Sarawak terutama ahli-ahli parti diseru agar tidak mudah terpengaruh dan terpedaya dengan fitnah yang cuba disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Semua wakil rakyat dari empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) masih utuh bersatu dibawah GPS.

“Kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai pemimpin tertinggi GPS dan Ketua Menteri Sarawak terus disokong,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15398

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news