Keputusan pengurangan kos projekPan Borneo diumum tidak lama lagi 0 5517

SIBU: Keputusan mengenai pengurangan kos bagi projek mega Lebuh Raya Pan Borneo, yang kini sedang dikaji semula dari segi aspek teknikal dan kewangan, akan diumumkan tidak lama lagi.

Menteri Kerja, Raya Baru Bian berkata perkara itu akan dimaklumkan selepas mendapat persetujuan antara pihak pemegang berkepentingan dan kerajaan persekutuan mengenai pengurangan kos.

“Kami berharap mereka (pemegang berkepentingan) akan ‘give and take’ mengenai perkara ini, memandangkan keadaan kewangan negara pada masa kini.

“Kita harap mereka memahami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Dewan Suarah Sibu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jika kadar pengurangan kos projek mega berkenaan akan diumumkan berikutan keputusan kerajaan untuk menilai semulapelaksanaan projek tersebut.

Ahli Parlimen Selangau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan itu memberitahu, Kementerian Kewangan telah bertemu dengan pihak-pihak yang berkaitan terutamanya wakil dari Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) untuk berunding mengenai pengurangan kos.Baru-baru ini dilaporkan projek mega yang menelan kos RM29 bilion itu sedangdisemak semula dari aspek teknikal dan kewangan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13516

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news