SIBU: Gara-gara menipu bekas teman wanitanya,seorang lelaki berusia 31 tahun dijatuhkan hukuman dua tahun penjara berserta empat sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.Tertuduh, John Aryu, terdahulu didakwa atas dua pertuduhan menipu bekas teman wanitanya yang berusia 57 tahun itu melibatkan wang tunai sebanyak RM1,800.Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa memperdayakan mangsa untuk menyerahkan RM1,000 di sebuah bank di Sibu Jaya pada 23 Mac, 2017.
Sementara bagi pertuduhan kedua, John didakwa melakukan kesalahan sama melibatkanRM800 di sebuah bank di Jalan Kampung Nyabor pada 17 Julai, 2017.Untuk kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit dengan kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, mangsa berkenalan dengan tertuduh yang kemudian meminta kad ATM milik mangsa untuk kegunaan mendapatkan pekerjaan di Miri.Tertuduh kemudian menghubungi mangsa untuk meminjam wang sebagai kos menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta di Miri sebelum mula bekerja.
Pada 23 Mac, 2017 mangsa memasukkan wang berjumlah RM1,000 ke dalam akaun bank miliknya sendiri dan RM800 lagi pada 17 Julai, 2017 untuk dipinjamkan kepada tertuduh.Namun setelah meminjamkan wang itu, tertuduhgagal dihubungi…
Mangsa yang kemudiannya mengetahui tertuduh tidak menjalani pemeriksaan di hospital swasta terbabit bertindak membuat laporan polis pada 10 Januari lalu.Berikutan laporan polis yang dibuat itu, tertuduh ditangkap polis pada 21 Januari untuk siasatan dan seterusnya didakwa. -Utusan Borneo Online