Tuntutan hak MA63 dibahaskan dengan Persekutuan bersama dokumen asal London 0 5680

RAMAI pengulas bijak dan pandai menjadi “peguam” atau “hakim” di media sosial ketika bercakap berkaitan isu tuntutan hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tanpa memahami implikasi dan sensitiviti berkaitan undang-undang, MA63 bukanlah semudahnya diputuskan secara sepihak di atas kertas atau di skrin media sosial anda!

Semua tuntutan perjanjian melibatkan dua pihak harus ditangani menurut perbincangan dan neraca keadilan pihak terlibat khususnya pemimpin berautoriti.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika membahaskan ucapan Yang di-Pertua Negeri sempena Ulang Tahun 150 tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas pada Selasa berkata, resolusi yang diluluskan pada sidang DUN yang lepas akan dibentang kepada Kerajaan Pusat bersama-sama penemuan dokumen asal MA63.

Abang Johari mengakui petugas khas peringkat tinggi mengambil dokumen pada tahun lepas di London bagi menguatkan proses ambil alih hak autonomi negara.

MA63 mengandungi maklumat mengesahkan Sarawak merupakan sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

Abang Johari menekankan, Akta Malaysia diluluskan untuk meminda pelbagai Artikel Perlembagaan Federal, manakala Akta Pengambilan diluluskan untuk memulihkan hak Sarawak.

Memulihkan Hak Perairan 12 Batu Nautika

Abang Johari berkata, pembaikan dilakukan bagi memulihkan hak 12 batu nautika perairan Sarawak yang kini sudah dihadkan kepada 3 batu nautika oleh Akta Laut Wilayah 2012.

Beliau turut memberitahu Sarawak akan menggunakan hak perlombongan termasuk melombong minyak sebagai sebahagian daripada hak Sarawak dalam Perlembangaan Persekutuan.

Walaupun Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 memberikan Petronas hak meneroka dan melombong petroleum, Sarawak menurut Abang Johari, masih memohon hak ini.

Dalam wawancara dengan The Edge disiarkan Isnin lepas, Abang Johari menyebut berkaita PDA yang diwujudkan oleh syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Rang Undang-undang PDA difahamkan secara teknikal wujud semasa situasi darurat selepas peristiwa 13 Mei 1969 dengan pemerintahan  digantung sementara sehingga 1971.

Pada akhir 2011, Parlimen menarik balik tiga proklamasi darurat tersebut dengan kepercayaan tidak lagi wujud ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.

Justeru beberapa pihak berpendapat pembatalan proklamasi tersebut turut membatalkan PDA yang pernah digubal menggunakan kuasa darurat.

Dalam wawancara tersebut Abang Johari bertanya, “apabila darurat diangkat, adakah PDA masih relevan?” Kita tidak tahu. Itulah yang kita perlu bincang dengan Kerajaan Persekutuan.”

Abang Johari menyerahkan isu ini kepada pakar undang-undang kedua-dua pihak menyelesaikannya.

Tuntutan 20 Peratus Royalti Minyak Masih Diteruskan

Sementara, Abang Johari mengakui Sarawak masih memperjuangkan tuntutan 20 peratus royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan.

Ketika Petronas ditubuhkan syarikat nasional yang kini memiliki aset bernilai RM600 bilion, ketua menteri ketika itu Tun Abdul Rahman Yaakub bersetuju menerima agihan 5 peratus daripada Persekutuan.

Pada wawancara tersebut, Abang Johari berkata, sekiranya perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan mencapai tafsiran baru, berkemungkinan Petros mendapat peluang meneroka rizab minyak dan gas Sarawak dalam “situasi menang-menang” untuk Sarawak dan Persekutuan.

“Apabila membentuk Malaysia sempadan kita ialah 12 batu nautika, tapi sekarang, ia hanya tiga batu nautika,” ujar Abang Johari dan menyebut di bawah Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan, sempadan tidak boleh diubah tanpa pengetahuan Sarawak.

Ketua Menteri turut merujuk kepada Akta Wilayah Laut 2012 (TSA) yang membatasi tuntutan negara terhadap perikanan, marin dan sumber lain untuk tiga batu nautika dari pantai.

Menurut beliau, sehingga kini, Dewan Undangan Negeri Sarawak masih belum membuat sebarang undang-undang menerima perubahan di bawah TSA itu.

Pada akhir 2015 usul menolak TSA disuarakan dan ia menyangkuti isu kekayaan minyak dan gas serta hidrokarbon di perairan negara dan negeri.

Justeru, mengambil kira tafsiran ini, jika laut di luar tiga batu nautika adalah milik Sarawak, maka Petronas perlu mendapatkan pajakan penggalian mengeluarkan sumber minyak dan gas yang terdapat di situ.

Abang Johari tidak mahu mengulas lanjut sejauh mana sumber minyak dan gas Sarawak itu menemui penyelesaiannya.

Beliau berkata, “biarkan pasukan undang-undang membincangkan isu ini berdasarkan implikasi undang-undang, dan bukan saya yang akan memutuskannya!”  –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14917

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8360

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news