Tokan dadah antara 9 individu ditahan di Samarahan 0 5828

KUCHING: Seorang tokan dadah adalah antara sembilan individu yang ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan di tiga kampung berasingan di sekitar Kuching dan Kota Samarahan pada Sabtu lepas.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak Wan Madihi Wan Salleh berkata tokan dadah itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Bundong hasil maklumat dan risikan yang telah dijalankan. Kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas tokan itu, tiada sebarang dadah atau pil dijumpai.

“Tokan terbabit dibawa ke pejabat AADK Daerah Samarahan bersama empat lagi individu termasuk sepasang suami isteri yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Mata. Hasil saringan awal mendapati empat daripadanya positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tiga daripada lima individu yang berumur antara 20 hingga 35 tahun yang ditahan di Kampung Kudei positif dadah jenis ketamin.

Katanya operasi yang bermula 7.30 malam dan tamat pada 1.15 pagi itu membabitkan 20 anggota AADK bertujuan membanteras penagih dadah.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news