TPM II untuk Sabah dan Sarawak tak ada dalam manifesto, kata Saifuddin 0 5450

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan manifesto PRU14 HARAPAN tidak menjanjikan jawatan timbalan perdana menteri kedua (TPM II) bagi mewakili Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak)

“Ia tiada dalam manifesto.

“Hal ini benar-benar terpulang kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), tetapi setahu saya, Majlis Presiden HARAPAN tidak membincangkan TPM II,” katanya ketika diminta mengulas hal tersebut pada sidang akhbar di ibu pejabat BERSATU hari ini.

Saifuddin menjelaskan ia sejajar dengan janji HARAPAN untuk mengurangkan bilangan menteri kabinet.

“Idea utamanya adalah kabinet kerajaan HARAPAN, seperti yang dijanjikan, akan lebih kecil daripada pentadbiran terdahulu,” katanya.

Awal hari ini, Setiausaha publisiti pemuda DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa meminta Mahathir melantik TPM II yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi hal ehwal Sabah dan Sarawak, bertujuan meningkatkan status ekonomi rakyat Malaysia Timur.

Walaupun tidak dimasukkan ke dalam manifesto PRU14, HARAPAN Sabah pernah menjanjikan seorang timbalan perdana menteri dari Malaysia Timur dalam manifesto Sabah pada September 2018 lalu.

Sementara itu, Saifuddin memberi jaminan perbincangan untuk menjadikan penggubal undang-undang dari Sabah dan Sarawak menjadi menteri kabinet persekutuan.

“Kami tentu akan memasukkan Sabah dan Sarawak (dalam kabinet persekutuan).

“Dalam konteks Sabah, perbincangan pasti (diadakan) dengan WARISAN,” jelasnya.

Tiga belas menteri kabinet telah mengangkat sumpah jawatan semalam di hadapan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13388

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8126

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news