Tumblr haramkan pornografi terima tentangan 0 6246

Niat laman sosial Tumblr untuk mewujudkan persekitaran lebih positif dengan mengharamkan sebarang ‘kandungan dewasa’ mendapat tentangan daripada penggguna setianya.

Seramai 460,000 orang (setakat ini) menandatangani petisyen bagi mendesak Tumblr menarik balik polisi pengharaman yang diumumkan pada 3 Dis itu.

Petisyen di change.org itu dibuat pada enam hari lalu, menggesa Tumblr untuk terus membenarkan penggunanya berkongsi kandungan berunsur lucah, kerana memang itulah sebabnya 90 peratus pengunjung ke laman itu.

Malah, selepas pengumuman pengharaman tersebut, sebahagian pengguna Tumblr sudah meninggalkan laman sosial yang selama ini lebih mengamalkan sifat ‘pejam mata’ terhadap kandungan dewasa berbanding plaform lain.

Dalam polisi baru Tumblr, dinyatakan sebarang ‘kandungan lucah’ adalah dilarang berkuat kuasa 17 Disember depan.

Kandungan dewasa merujuk kepada sebarang gambar, video, GIFs yang menunjukkan kemaluan manusia atau puting wanita secara langsung dan juga sebarang konteks perlakuan seks (termasuk ilustrasi).

Pengarah Pegawai Eksekutif (CEO) Tumblr Jeff D’Onofrio dalam satu hantaran blog 3 Dis, menggambarkan pengharaman itu sebagai langkah bagi membina ‘persekitaran yang mesra’ di Tumblr.

“Banyak laman web yang tawarkan kandungan dewasa, kami serahkan kepada mereka, sementara kami fokus kepada usaha mencipta persekitaran yang paling mesra buat komuniti kami,” katanya.

Pada 16 November, applikasi Tumblr didapati ‘hilang’ daripada gerai aplikasi Apple, iOS App Store, dipercayai kerana isu pornografi kanak-kanak. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13157

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12627

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news