Wanita dijumpai mati di kaki lima di Jalan Petanak 0 6601

KUCHING: Seorang wanita tanpa identiti dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa di kaki lima Bangunan Perkeso, Jalan Petanak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek berkata, mangsa ditemui orang awam terbaring di kaki lima di bangunan tersebut.

“Setelah pihak ambulan tiba di tempat kejadian sekitar 8.51 pagi semalam, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ng memberitahu, pegawai perubatan itu kemudiannya membuat aduan di Balai Polis Padungan untuk memaklumkan kejadian tersebut.Jelasnya, polis segera melakukan tindakan ke lokasi kejadian dan pemeriksaan terhadap mayat wanita terbabit tidak menemukan kesan kecederaan.

Tiada senjata bahaya dijumpai di tempat kejadian.”Mayat ditemui tanpa kad pengenalan diridan tiada unsur jenayah ditemui.

“Usaha mengenal pasti identiti mangsa sedang dilakukan dan kes diklasifikasikan mati mengejut,” ujarnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13156

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12626

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news