Lelaki tetak suami bekas isteri kerana cemburu 0 6437

LAHAD DATU: Seorang lelaki menerima tujuh jahitan di kepala selepas ditetak bekas suami isterinya kerana cemburu mangsa menikahi wanita terbabit dalam kejadian ladang kelapa sawit, FELDA Sahabat 56, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa Kasim Martin, 30, dikatakan sedang makan di kawasan tempatnya bekerja lalu didatangi suspek sambil membawa sebilah parang.

Lelaki berkenaan kemudian menyerang dan berlaku pergelutan antara mereka sebelum dileraikan oleh beberapa pekerja di ladang berkenaan.

Mangsa yang cedera di kepala dan tangan kanan kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Sahabat 16 manakala suspek ditahan oleh pekerja di ladang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu segera ke lokasi kejadian dan menahan lelaki terbabit.

β€œAnggota polis turut merampas sebilah parang dipercayai digunakan ketika kejadian. Mangsa yang dirawat menerima tujuh jahitan di kepala selain luka di bahagian tangan kanan.

β€œSiasatan mendapati punca kejadian itu disebabkan suspek cemburu dengan mangsa yang berkahwin dengan bekas isterinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, lelaki berusia 25 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang.

Difahamkan, suspek dan bekas isterinya berkahwin sejak lima tahun lalu. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13403

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news