Tuntut TPM II bukan pendirian DAP Sarawak 0 5607

DAP Sarawak menjelaskan pihaknya tidak akan melobi kerajaan bagi menggesa pelantikan timbalan perdana menteri II.

Setiausaha Publisiti DAPSY Abdul Aziz Isa sebelum ini menggesa pelantikan timbalan perdana menteri II yang bertanggungjawab dengan hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Susulan itu, naib pengerusi DAP Sarawak Leon Jimat Donald hari ini menjelaskan bahawa kenyataan Abdul Aziz tidak mencerminkan pendirian parti.

“Pendapat Abdul Aziz hanya kenyataan peribadinya, yang tidak mewakili pendirian DAP Sarawak.

“Saya ingin mengulangi bahawa DAP Sarawak akan patuh pada konsensus yang dipersetujui dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri II tanpa prestij dan kuasa dan hanya untuk perhiasan tanpa fungsi sebenar.

“DAP Sarawak akan menumpukan untuk menggesa dasar yang memberi manfaat kepada semua rakyat Sarawak dan bukannya hanya menuntut jawatan dalam kementerian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setiausaha Agung HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah semalam menjelaskan bahawa tiada janji timbalan perdana menteri II bagi Malaysia Timur yang dibuat HARAPAN dalam manifesto pilihan raya pada Maca lalu.

Bagaimanapun, dalam manifesto Sabah September tahun lalu, HARAPAN sebelum ini berjanji seorang perdana menteri dari Malaysia Timur akan dilantik. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15423

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8421

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news