Editor Sarawak Report, Rewcastle Brown masih tak dibenarkan masuk ke Sarawak 0 5503

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown masih lagi tersenarai sebagai mereka yang dilarang daripada memasuki negeri ini.

“Dia masih di dalam senarai itu sejak zaman pemimpin terdahulu.

“Saya belum membuat keputusan (sama ada menarik balik larangan itu),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian kuih raya kepada pasukan keselamatan, Sumbangsih Kuih Raya 2018, di Kuching, hari ini.

Sebelum ini, Gerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS) mendesak Abang Johari supaya menarik balik sekatan masuk terhadap pengarang Sarawak Report itu.

Rewcastle-Brown tiba di Kuala Lumpur awal minggu ini selepas Pakatan Harapan merampas Putrajaya dan waran tangkap terhadap pengarang itu dibatalkan.

Pemimpin MoCS Francis Siah berkata, Rewcastle-Brown, yang lahir di Bumi Kenyalang, harus dibenarkan masuk ke negeri itu.

Menurut beliau, ramai rakyat Sarawak ternanti-nanti untuk bertemu wanita itu.

“Saya gesa Ketua Menteri Abang Johari Abang Openg menarik balik sekatan terhadapnya.

“Biar saya ingatkan dia, dalam PRU14, rakyat Sarawak sudah bersuara dengan kuat dan jelas.

“Dengan meneruskan dasar menindas (Tun) Taib Mahmud, BN akan dihukum dengan seteruk-teruknya dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya.

Siah berkata, Rewcastle-Brown hanya ‘bersalah’ kerana menyiarkan laporan eksklusif yang memperincikan dakwaan rasuah pemimpin-pemimpin kanan negeri.

“Rewcastle-Brown bukan ancaman pada keselamatan Sarawak dan kami tuntut beliau dibenarkan melawat negeri ini,” katanya.

Rewcastle-Brown ialah seorang wartawan penyiasatan British yang secara terbuka mengkritik BN Sarawak melalui Sarawak Report – yang turut terkenal dengan pendedahannya dalam skandal 1MDB.

Kerajaan Malaysia terdahulu pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan waran tangkap padanya pada 2015 atas alasan “mengancam demokrasi berparlimen”. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13470

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news