Tuntutan palsu BTN Sarawak, dua lagi direman 0 5683

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan permohonan remanenam hari terhadap dua pegawai Biro Tatanegara (BTN) bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu melibatkan RM600,000.

Majistret Mohd Syukri Mokhtar membenarkan kedua-dua suspek yang merupakan seorang pegawai kanan lelaki dan seorang pegawai wanita ditahan reman hingga 8 Ogos ini.

Suspek lelaki berusia 37 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada 7.11 malam semalam. Sementara suspek wanita berusia 36 tahun ditangkap sekitar 5.07 petang semalam.

Majistret Syukri turut memerintahkan suspek lelaki dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan jika perlu sepanjang tempoh reman.

SPRM diwakili Pengawai Pendakwa Dzulkarnain Rousan Hasbi manakala kedua-dua suspek hadir tanpa diwakili peguam.Kedua-dua suspek diiringi pegawai SPRM di Mahkamah Majistret di Kuching, hari ini.

Semalam, pasangan suami isteri juga direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes yang sama.

Pasangan berusia  47 dan 53 tahun itu merupakan individu yang ditahan SPRM kelmarin selepas memberi keterangan di pejabat SPRM. Sebelum ini, SPRM menahan lima individu termasuk dua penolong pengarah kanan BTN dan seorang pesarakerana terlibat dengan penyelewengan tuntutan melibatkan 43 syarikat tempatan.

Pasangan itu merupakan antara pemilik salah sebuah syarikat yang dikesan.Kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13520

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8152

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news