Uggah: MPKK hanya akan cetuskan perpecahan di rumah panjang, kampung 0 5812

MIRI: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, cadangan penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan hanya menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat terutama di rumah panjang dan kampung di luar bandar.

Itulah sebabnya, tegas beliau, Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendiriannya untuk menolak cadangan itu.

Sambil menyifatkan rancangan berkenaan sebagai permainan politik PH semata-mata, Uggah menegaskan, matlamat utama PH adalah untuk mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan GPS.

Jelasnya, langkah yang diambil oleh PH itu bercanggah dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan persekutuan yang membuat keputusan membenarkan Sarawak mengekalkan JKKK selepas PRU-14.

“Sekarang kita sudah lihat betapa banyak masyarakat luar bandar menyuarakan bantahan terhadap penubuhan MPKK di negeri ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sesi bertemu rakyat di Kampung Long Jeeh, Baram di sini semalam.

“Mereka menolak MPKK kerana ia punya niat jahat. Kerajaan GPS juga menolak MPKK,” katanya sambil menegaskan bahawa pendirian GPS itu bertujuan untuk melindungi kepentingan Sarawak.

Pada majlis yang sama, Uggah meluluskan geran RM20,000 untuk JKKK Kampung Panjang Jeeh serta mengedarkan benih durian durian Musang King kepada pemimpin masyarakat di kawasan itu. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news