Dekoder percuma untuk rakyat berpendapatan paling rendah 0 6010

KUALA LUMPUR: Pemberian set dekoder siaran televisyen digital secara percuma buat masa ini hanya melibatkan dua juta isi rumah berpendapatan paling rendah dalam negara.

Ketua Jabatan Platform Penciptaan Digital dan Pengedaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Azlina Mohd Yusof berkata kriteria itu menjadi penanda aras dalam pemberian tersebut dan bukanlah sama ada seseorang itu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau tergolong dalam kumpulan B40 semata-mata.

“Mereka yang tidak layak menerima itu adalah kerana (pendapatan isi rumah) mereka melebihi daripada pendapatan dua juta individu dengan pendapatan terendah (dalam negara).

“Oleh sebab itu, ada semakan (untuk dapatkan dekoder percuma) oleh golongan B40 atau mereka yang dapat BSH tetapi tidak dapat dekoder percuma… ini kerana kita hadkan kepada dua juta dahulu,” katanya ketika ditemui selepas program bual bicara di Bernama Radio, semalam.

Pada 17 Okt lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kementeriannya sedang berusaha memastikan lebih ramai golongan isi rumah berpendapatan rendah B40 menerima set dekoder siaran televisyen digital secara percuma.

Gobind berkata pihaknya masih berbincang dengan syarikat pengedar dekoder tersebut serta mengumpulkan maklumat, untuk menentukan individu yang layak menerimanya.

Peralihan siaran TV analog ke TV Digital myFreeview akan bermula di wilayah Tengah dan Selatan pada 30 Sept, wilayah Utara dan Timur pada 14 Okt, manakala Sabah dan Sarawak pada 31 Okt.

Sementara itu, Azlina berkata melalui TV Digital myFreeview penonton boleh menikmati sebanyak 15 saluran TV dan enam saluran radio secara percuma.

Menurutnya, lebih banyak saluran lain bakal ditambah pada masa hadapan termasuk beberapa cadangan untuk memasukkan saluran dengan genre filem dari negara Korea Selatan dan Indonesia malahan saluran khas untuk masakan.

“MCMC telah keluarkan 15 lesen penyedia kandungan TV kepada beberapa syarikat berminat bagi menambah kandungan dan meningkatkan kualiti siaran TV digital di Malaysia.

“Mungkin sebelum hujung tahun ini kita akan dapat siarkan (saluran baharu itu), (mungkin) dua atau tiga penyedia kandungan akan melancarkan kandungan baru mereka melalui platform myFreeview,” tambahnya. — Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news