Umat Islam di Kuching raikan Aidiladha secara sederhana 0 5727

KUCHING: Penduduk Islam di bandar rayaKuching hari ini meraikan Hari Raya Aidiladha dalam suasana penuh kesederhanaan namun meriah.

Cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkan umat Islam berkumpul danmenunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Turut sama menunaikan solat sunat bersama lebih 5,000 umat Islam di sini, ialah Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.Abang Johari tiba untuk menunaikan solat sunat Aidiladha sambil diiringi Misnu di Masjid Jamek Negeri Sarawak hari ini.

Ketibaan beliau sekitar jam 7.50 pagi disambut oleh Yang Dipertua Majlis IslamSarawak, Datu Misnu Taha serta beberapa menteri kabinet negeri yang lain.

Solat sunat tersebut diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sarawak, Mustapha Kamal Ahmad Fauzi yang kemudian membaca khutbah khas Aidiladha.

Sebaik sahaja menunaikan solat Aidiladha, Abang Johari beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan beliau.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15394

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news