Dentuman, gegaran dirasai di Sabah mungkin akibat meteor 0 6586

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud, tidak menolak kemungkinan tahi bintang atau meteor yang menyebabkan letupan kuat disusuli gegaran di sekitar beberapa daerah seperti Kota Belud, Tuaran dan Tamparuli lewat malam semalam.

Katanya, jabatan itu masih menyiasat punca gegaran tersebut, namun mengesahkan tiada gempa bumi yang berlaku dan maklumat awal juga menunjukkan tiada ribut petir lewat malam semalam.

“Kalau ada pun (meteor) susah untuk dikesan. Boleh jadi juga, letupan itu kemungkinan terhasil daripada meteor yang terbakar ketika memasuki di ruang angkasa.

“Ini kerana meteor atau tahi bintang adalah cahaya terang yang kelihatan melintasi langit malam dengan begitu pantas dan secara tiba-tiba. Ia biasanya adalah habuk dan debu yang terbakar apabila memasuki dalam atmosfera bumi.

“Namun meteor yang besar boleh membunuh juga dan meteorit ialah nama serpihan batuan yang mungkin jatuh atas bumi,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.

Susulan kejadian itu, warga maya di laman sosial mengaitkannya dengan kejadian tahi bintang dengan ada yang mendakwa sempat merakamkan pergerakan cahaya terang di langit.

Ada yang mendakwa melihat satu cahaya seperti meteor di langit selama beberapa minit sebelum meletup dan mengeluarkan bunyi yang kuat.

Selain itu, ada juga mengaitkan kejadian berkenaan dengan latihan tentera di Kem Paradise, Kota Belud. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14925

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8361

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news