Umno ibarat kapal tenggelam boleh diangkat semula ke air – Ahmad Maslan 0 5571

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Maslan menyamakan partinya dengan kapal yang sedang tenggelam.

Bagaimanapun, menurut Ahmad beliau yakin jika Umno bersatu, parti itu tidak akan lama menjadi pembangkang.

“Dengan izin Allah kita mungkin tidak lama jadi pembangkang sebagaimana yang berlaku di negeri yang kita kalah. Kita yakin Malaysia ini, kita kalah tetapi kita boleh menang balik,” katanya dalam rakaman video disiarkan Umno Online.

Pada piihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu Umno dan BN buat pertama kali dalam sejarah tewas di peringkat persekutuan selepas 61 tahun berkuasa.

Parti itu juga kehilangan semua negeri kecuali Perlis dan Pahang. Manakala Sarawak mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan daripada pilihan raya umum.

“Kita berikan kepercayaan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mereka mentadbir dan mengepalai parti ini.

“Dengan sokongan padu itu maka Insya Allah parti kita yang umpama kapal yang sudah tenggelam ini boleh diambil, boleh diangkat kembali ke permukaan air dan diselamatkan semua isi-isi di dalam nya.

“Yakinlah bahawa jika kita bersatu, kita akan kuat dan kita akan boleh hadapi mereka,” katanya yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pontian.

Ahmad berkata Pakatan Harapan hanya menang 122 kerusi daripada 222 kerusi parlimen dan ia bukan merupakan kemenangan besar.

“Oleh kerana itu kemenangan mereka tidak membolehkan mereka mendabik dada. Mereka harus memenuhi manifesto yang telah mereka janjikan

“Manifesto yang menjanjikan bulan dan bintang itu harus mereka tunaikan. Jika mereka tak tunaikan percayalah rakyat akan bangkit dan tukar kerajaan yang ada ini,” ujarnya. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15423

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8421

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news