Vaksin anti-rabies percuma di Miri hujung minggu ini 0 7509

Kempen suntikan vaksin anti-rabies akan diadakan di beberapa tempat sekitar bandaraya selama dua hari mulai 13 Okt ini dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Jabatan Penerangan Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata pemilik anjing boleh mendapatkan vaksin anti rabies untuk haiwan peliharaan mereka dalam tempoh berkenaan di gelanggang bola keranjang Shell Lutong, Taman Awam Bumiko dan Taman Bulatan Miri Piasau Jaya.

“Keutamaan bagi kempen suntikan vaksin anti rabies ini akan diberikan kepada anjing sahaja, manakala bagi lain-lain haiwan peliharaan, pemiliknya diminta pergi terus ke Jabatan Perkhidmatan Verterinar pada waktu pejabat untuk mendapatkan suntikan secara percuma,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi pejabat Jabatan Perkhidmatan Verterinar dengan menelefon 085-411866 di Pusat Komersil Pelita, bersebelahan dengan Bank Rakyat di sini dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang antara Isnin sehingga Jumaat.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan negeri Piasau Datuk Sebastian Ting Chew Yew menerusi akaun Facebooknya berkata minggu lepas, kempen sama yang diadakan di tempat berkenaan menerima maklum balas yang positif deripada pemilik haiwan peliharaan, dengan 2,923 anjing dan kucing diberikan suntikan vaksin.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12972

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12253

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news