Regata Sarawak Tarik Minat Penyertaan Antarabangsa   0 7606

KUCHING– Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa dan pertandingan Regatta Sarawak 2018 tahun ini akan berlangsung pada 26 Oktober hingga 4 November ini dan telah menerima pengesahan penyertaan daripada 12 negara antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata acara yang diadakan sempena Regata Sarawak-Festival Tebingan Kuching 2018 itu, tahun lepas menerima penyertaan lapan negara sahaja.

“Pada kali ini 12 negara akan turut serta dalam perlumbaan ini antaranya, Brunei, China, Hong Kong, Thailand, Taipei (Taiwan), Filipina, Singapura, Makau, Indonesia selain Malaysia (Sarawak), Semenanjung dan Sabah.

“Selain itu kita menerima penyertaan daripada dua negara Eropah pada kali ini iaitu, Switzerland dan Jerman. Kesemuanya melibatkan 29 pasukan dan lebih 900 peserta atau pekayuh,” katanya.

Shamsul Taha, Pengurus Besar, Pejabat Petronas Wilayah Sarawak menyerah Mock Cheque kepada Abdul Karim
Shamsul Taha, Pengurus Besar, Pejabat Petronas Wilayah Sarawak menyerah Mock Cheque kepada Abdul Karim

“Jumlah keseluruhan hadiah yang bakal direbut oleh peserta bagi kedua-dua acara bernilai lebih RM280,000.“Bagi Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa ia menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM45,000 termasuk piala dan pingat, manakala Regata Sarawak menawarkan RM240,000,” katanya sambil berkata Raja Sungai bakal membawa pulang piala dan wang tunai RM10,000.

Mengulas lanjut katanya, acara perasmian pada 27 Oktober akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang turut melakukan simbolik ‘eye-dotting’ di Tebingan Kuching.

Bagi acara penutupan pada 4 November ia disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sekali gus menyampaikan gelaran Raja Sungai.

Abdul Karim (dua kanan) bersama Lee Kim Shin (kanan)
Abdul Karim (dua kanan) bersama Lee Kim Shin (kanan)

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Regata Sarawak-Festival Tebingan Kuching 2018 dan penyerahan sumbangan penajaan sempena acara tersebut. Pada tahun ini acara tersebut berjaya mengumpul penajaan daripada syarikat – syarikat korporat berjumlah RM 1.05 juta.

Sejurus sidang media tersebut Abdul Karim menerima replika cek daripada wakil penaja serperti syarikat Petronas Wilayah Sarawak menaja sebanyak RM500,000.00 yang disampaikan oleh Shamsul Taha, Pengurus Besar, Pejabat Petronas Wilayah Sarawak, Syarikat Petra Energy Berhad menaja RM 100,000.00 diserahkan oleh Ahmad Yusoff, dan daripada Cahya Mata Sarawak (CMS) dan Ta Ann Holdings masing masing menaja RM 30,000.00. – Malaysiaaktif

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7599

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5245

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news