Sibu: Rakaman video menunjukan seekor buaya menayangkan mayat seorang lelaki yang dibahamnya di Sungai Stubah berhampiran ladang kelapa sawit ahad lalu.
Selepas menayangkan mayat, buaya berkenaan terus menghilang ke dasar sungai.
Dalam kejadian ahad lalu seorang lelaki warga Indonesia, Yosef Tepu berusia 20 tahun dibaham buaya ketika mahu membuang air besar di Sungai. Setakat ini operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan oleh pasukan Penyelamat – Kamek Miak Sarawak