Video pengakuan seks sejenis, bukan Haziq, FB digodam – PKR Santubong 0 6238

KUCHING: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Santubong Ahmad Nazib Johari menafikan individu yang membuat pengakuan bersumpah melakukan seks sejenis dengan seorang yang mirip menteri kabinet persekutuan bukan Ketua AMK Santubong Haziq Abd Aziz (gambar).

Ahmad Nazib berkata beliau amat mengenali Haziq yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama.

“Haziq bukan begini orangnya (seperti dalam video pengakuan). Rambut dia tinggi sebelah kiri dan kanan semasa saya berjumpa dia empat hari yang lepas.

“Dia lama dah tak pergi gimnasium, badan dia sekarang tak besar macam dalam video,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, hari ini.

Ahmad Nazib turut percaya yang Facebook Haziq telah digodam.

Video pengakuan 34 saat itu dimuat naik menerusi Facebook Haziq pada kira-kira pukul 2 pagi Selasa.

Video memaparkan aksi ranjang dua lelaki itu mula tular pada Selasa.

“Video tersebut telah diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan di bilik … di Hotel Four Point,” kata individu yang memperkenalkan diri sebagai Haziq Aziz.

Sementara itu, Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran PKR Cabang Santubong dijadual diadakan pada 15 Jun ini di kediaman Haziq, di Petra Jaya.

Naib Ketua PKR Santubong Ali Hossen ketika dihubungi berkata majlis itu mungkin diadakan di tempat lain ekoran perkembangan terkini.’

Beliau enggan mengulas mengenai isu video seks sejenis yang hangat sekarang.

“Saya bukan orang yang berhak mengulas mengenainya,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news