‘Saya orang atas ranjang bersama …’ – Haziq 0 6243

KUCHING: Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Azis membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau merupakan individu atas ranjang bersama seorang menteri.

Pengakuan itu dilakukan Haziq menerusi video 34 saat dan dimuat naik menerusi laman Facebooknya pada kira-kira pukul 2.30 pagi Rabu.

Video memaparkan aksi ranjang dua lelaki itu mula tular pada Selasa.

“Video tersebut telah diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan di bilik … di Hotel Four Point,” kata Haziq yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama.

Semalam turut tular ialah dokumen yang didakwa memaparkan kegiatan rasuah menteri itu.

Justeru, Haziq menggesa SPRM untuk menyiasat tuduhan korupsi berkenaan.

“Dia bukanlah individu yang layak menjadi pemimpin,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13003

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12476

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news