Wakil rakyat PKR Sarawak bantah kiraan royalti berdasarkan keuntungan 0 5553

Willie Mongin. (Gambar Twitter)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen PKR secara terbuka membantah rancangan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad mengira pembayaran royalti minyak berdasarkan keuntungan Petronas di negeri-negeri pengeluar.

Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) berkata kiraan yang adil ialah berdasarkan pengeluaran dan rancangan Putrajaya itu bercanggah dengan hasrat manifesto Pakatan Harapan.

“Jangan label saya lawan ketua. Saya dipilih rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya ketika membahaskan titah Agong.

Beliau menjelaskan manifesto PH secara jelas menyatakan kerajaannya akan menambah bayaran royalti kepada negeri pengeluar sebanyak 20%, atau pada nilai yang sama, untuk mendapatkan pembahagian yang adil.

“Kami rakyat Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu bukan mohon bulan dan bintang tapi hak kami. Tiada yang lebih,” katanya.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pembayaran royalti 20% kepada negeri-negeri akan dikira berdasarkan keuntungan daripada hasil yang diperoleh di negeri berkenaan.

“Royalti adalah keuntungan. Ia bergantung kepada keuntungan Petronas di kawasan itu. Apa yang kita dapat dari Terengganu tidak akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak,” kata Dr Mahathir pada sidang media di ibu pejabat PPBM 20 Julai lalu.

Penyelidik Perjanjian Malaysia 1963, Zainnal Ajamain berkata pembayaran seperti itu tidak boleh dikatakan royalti tetapi bayaran tunai, dan tidak mengiktiraf pemilikan negeri ke atas sumber minyak dan gas itu.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pula berkata, formula royalti 5% sebelum ini dikira berdasarkan pendapatan kasar, dan membayangkan jumlah bayaran yang lebih kecil kepada negeri-negeri jika PH menggunakan formula keuntungan selepas cukai.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Mohamed Seri Azmin Ali mempertahankan rancangan Dr Mahathir untuk memberikan royalti berdasarkan “keuntungan bersih” dan bukan hasil pengeluaran kasar “kerana bercanggah dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974”.

Beliau menambah pembayaran royalti 20% juga tidak boleh dilakukan segera kerana akta tersebut perlu dipinda. – FMT

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13498

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8148

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news