Wang haram: Najib dilepas tanpa dibebaskan 0 5843

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tiga pertuduhan baharu melibatkan diri dalam pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM47 juta, lima tahun lalu.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas untuk melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pekan itu dan akan mengemukakan semula pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Mohd. Nazlan dalam keputusannya berkata, pihak pendakwa raya mempunyai kuasa untuk meneruskan atau menolak sesuatu pendakwaan pada mana-mana peringkat.

“Berdasarkan permohonan pihak pendakwa raya, mahkamah memerintahkan supaya tertuduh dalam kes ini dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga pertuduhan tambahan yang dihadapi,” katanya.

Pada 28 Januari lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang keseluruhan berjumlah RM47 juta yang merupakan hasil aktiviti haram ke dalam tiga akaun miliknya.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group, No. 55 Jalan Raja Chulan di sini pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaian Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun. – UTUSAN ONLINE.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13005

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12478

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news