Tabung Harapan catat kutipan RM202 juta 0 5695

Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan), yang ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan bagi menyelesaikan hutang yang diwarisi daripada pentadbiran BN, berjaya mengumpul sejumlah RM202,716,775.10.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jumlah tersebut diperolehi sebaik sahaja ia ditutup pada 14 Jan lalu, selepas dilanjutkan tempoh pemberian sumbangan selama dua minggu.

Menurut Lim, keputusan melanjutkan tempoh pemberian sumbangan itu dibuat oleh jemaah menteri pada 2 Jan lalu susulan maklum balas positif dan keprihatinan rakyat Malaysia.

“Sumbangan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dikreditkan ke dalam akaun dan dipulangkan semula kepada penyumbang,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim berkata Kementerian Kewangan dalam tindakan untuk membuat pelarasan penutupan akaun tersebut sebelum pengauditan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara.

“Jumlah sumbangan ini akan digunakan untuk pembayaran hutang kerajaan persekutuan,” katanya.

Bagi memastikan pengurusan Tabung Harapan dibuat secara teratur dan berintegriti, Lim berkata satu Jawatankuasa Akaun yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir akan memutuskan penggunaan wang tabung itu mengikut tatacara yang termaktub dalam Arahan Amanah Akaun THM.

“Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan kepada THM,” katanya, serta menambah ia mencerminkan kesetiaan dan kasih sayang rakyat Malaysia terhadap tanah air.

“Ia juga memberikan semangat kepada kerajaan untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi menyelesaikan masalah hutang yang diwarisi kerajaan,” kata Lim.

THM ditubuhkan oleh kerajaan pada 30 Mei tahun lepas untuk menerima derma dan sumbangan bagi membantu kerajaan menangani isu hutang negara – Malaysia kini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13013

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news