Wanita Bidayuh pertama dapat lesen export Lada 0 8288

Awaeang (kiri) menunjukkan lada segar dan produk dikeluarkan di bawah jenama Nang Ori

Padawan: Benci bertukar cinta, itu mungkin gambaran terbaik kepada kecekalan seorang wanita Bidayuh yang berjaya memasarkan produk hiliran lada Sarawak memasuki beberapa pasar raya besar di negara ini serta bakal menembusi pasaran China dan Hong Kong.

Lebih membanggakan, Awaeang Kwasin, 40, wanita Dayak Bidayuh pertama memiliki lesen mengeksport komoditi terkenal dan terbaik di dunia, dikeluarkan Lembaga Lada Malaysia untuk pasaran Semenanjung dan antarabangsa.
Berasal dari Kampung Bratan, Padawan ini berkata, lada mempunyai ‘sentimental value’ amat tinggi kepada dirinya serta ahli keluarga yang lain.

“Datuk saya peraih lada, manakala ibu dan bapa mengusahakan kebun lada, ketika kecil saya dan adik-beradik lain memang perlu bantu mereka petik lada, rendam di sungai dan jemur.

“Kadangkala penat dan jemu tetapi siapa sangka, sekarang lada adalah antara sumber pendapatan. Dulu mungkin ‘benci’ tetapi sekarang saya ‘sayang’ lada,” katanya sambil ketawa.
Potensi lada Sarawak

Tinggal di Semenanjung (Selangor) sejak 20 tahun lalu, Awaeang sering menerima pesanan lada daripada rakan-rakannya setiap kali pulang ke kampung halamannya.

“Sejak itu saya melihat potensi lada Sarawak, kemudian saya dicabar pula oleh rakan supaya mengeluarkan produk hiliran komoditi terkenal itu berbanding jual terus kepada orang tengah, cabaran disahut, perniagaan dimulakan sekitar November namun ia bukan sesuatu yang mudah.

“Saya kemudian mengambil keputusan untuk tukar kepada ‘Nang Ori’ supaya produk berbunyi lebih Sarawak, saya juga menyertai kelas anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkenaan pelabelan dan pemasaran,” kata ibu kepada lima cahaya mata ini.

Keputusan Awaeang nyata tepat, jenama Nang Ori yang kini mempunyai 12 jenis produk unit menyimpan stok (SKU) lada hitam dan putih, semakin dikenali ramai berikutan pelabelan yang menarik serta memiliki Pensijilan MeSTI dan sijil Halal.
Bina kilang di Melaka

“Sejak itu, ‘market’ atau pelanggan pula yang datang cari saya. Produk Nang Ori juga diterima untuk dipasarkan di Pasaraya Aeon dan Mydin.

“Paling membanggakan mendapat permintaan untuk memasarkan produk Nang Ori ke China dan Hong Kong, cuma beberapa perkara perlu dimuktamadkan termasuk berkenaan syarat amalan pengilangan baik (GMP) sebelum boleh direalisasikan,” katanya

Melihat kepada kejayaan dicapai dalam tempoh dua tahun ini, Awaeang sangat bersyukur menerima bantuan agensi kerajaan berkaitan dan kerja keras ditunjukkan 20 pekerjanya sehingga berjaya membangunkan jenama serta memasarkan produk lada Sarawak.

“Saya dalam proses menyiapkan kilang kedua Nang Ori di Melaka, tambahan kepada satu kilang sedia ada di Kuching. Apabila siap nanti kedua-dua kilang nanti mampu memproses sepuluh tan produk lada Sarawak,” katanya.
BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14911

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8359

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news