Wanita di cabul ketika menunggang motosikal di Jalan Pustaka 0 7747

KUCHING: Seorang wanita membuat laporan polis terhadap seorang penunggang motosikal yang dikatakan bertindak mencabul kehormatannya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Petra Jaya di sini, Isnin lepas.

Menurut sumber, mangsa, 27, ketika kejadian menunggang motosikalnya seorang diri apabila lelaki terbabit tiba-tiba menghampirinya dan terus menyentuh kemaluannya sekitar jam 12.30 tengah hari.

“Kejadian berlaku berdekatan Pustaka apabila lelaki terbabit yang juga menunggang motosikal tiba-tiba menghimpit motosikal mangsa sebelum menyentuh kemaluannya (mangsa) menyebabkan mangsa hampir terbabas.

“Lelaki terbabit kemudian terus memecut laju dari tempat kejadian,” kata sumber.

Mangsa yang trauma dengan insiden tersebut bagaimanapun cuba mengekori suspek dan dikatakan sempat merakam gambar suspek serta motosikal yang ditungganginya.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh mangsa di balai polis berhampiran. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news