Menurut sumber, mangsa, 27, ketika kejadian menunggang motosikalnya seorang diri apabila lelaki terbabit tiba-tiba menghampirinya dan terus menyentuh kemaluannya sekitar jam 12.30 tengah hari.
βKejadian berlaku berdekatan Pustaka apabila lelaki terbabit yang juga menunggang motosikal tiba-tiba menghimpit motosikal mangsa sebelum menyentuh kemaluannya (mangsa) menyebabkan mangsa hampir terbabas.
βLelaki terbabit kemudian terus memecut laju dari tempat kejadian,β kata sumber.
Mangsa yang trauma dengan insiden tersebut bagaimanapun cuba mengekori suspek dan dikatakan sempat merakam gambar suspek serta motosikal yang ditungganginya.
Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh mangsa di balai polis berhampiran. – Utusan BorneoΒ Online