Wanita lembam hamil, polis jejaki perogol di Sibu 0 5865

SIBU: Polis di sini menjejaki seorang individu yang disyaki merogol seorang wanita berusia 23 tahun yang mengalami masalah mental (lembam) hingga mangsa hamil.

Timbalan Ketua Polis Sibu Superintenden Martin Koo berkata, mangsa kini mengandung lima minggu.

Katanya, kejadian itu terbongkar selepas adik mangsa, 19, bertanya mengenai kitaran haidnya yang sudah melebihi tempoh sebulan, namun soalan itu tidak dijawabnya.

“Pengadu kemudian membawa kakaknya ke hospital dan pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengandung lima minggu,” katanya.

Menurutnya, siasatan polis mendedahkan mangsa mengalami masalah mental tidak stabil sejak berumur 17 tahun.

Katanya, mangsa dikatakan sering keluar berjalan bersendirian di kawasan berdekatanrumahnya.

Martin berkata, mangsa juga dikatakan telah berjumpa dengan seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah kedai kopi berhampiran rumahnya pada Februari lalu.

Katanya, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selepas ditawarkan minuman oleh lelaki itu.

“Apabila dia tersedar, mangsa mendapati dirinya dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangunan.

“Lelaki itu kemudian menghantarnya pulang ke kedai kopi di mana mereka berjumpa sebelum itu,” katanya.

Beliau menambah, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol dan suspek masih dikesan. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15143

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8385

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news