Wanita mungkin berdepan tindakan undang-undang kerana buat laporan palsu 0 5866

KUCHING: Padah buat laporan palsu berhubung kes penculikan yang menjadi tular semalam, seorang wanita kini mungkin berdepan tindakan undang-undang atas perbuatannya itu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M.M Sree berkata, tindakan wanita berusia 20 tahun itu yang memanipulasikan cerita sebenar dengan melaporkan adiknya berusia 17 tahun dan anak saudaranya, 10, diculik mendatangkan kebimbangan kepada semua pihak.

“Kita sekarang sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengadu kerana telah membuat laporan palsu sehingga membimbangkan ibu bapa, ahli keluarga kedua-dua mangsa dan kegusaran kepada masyarakat.

“Kita terpaksa mengambil tindakan terhadap pengadu untuk memberi pengajaran kepada masyarakat supaya jangan buat laporan palsu seperti ini,” katanya pada sidang media di Balai Polis Gita di sini malam Ahad.

Tambahnya, ibu bapa mangsa tidak akan dikenakan sebarang tindakan kerana kedua-duanya turut terpedaya dengan laporan palsu itu.

Mengulas lanjut kes itu, Dev berkata, pada pukul 5.15 petang Ahad, polis menerima laporan dari wanita terbabit yang mengatakan adiknya dan anak saudaranya diculik di hadapan matanya oleh dua lelaki bertopeng apabila ditarik masuk ke dalam van berwarna putih.

Jelasnya, berdasarkan laporan tersebut polis memulakan operasi untuk mengesan dua lelaki termasuk van tersebut serta kedua-dua mangsa yang dikatakan diculik.

“Tetapi setelah disiasat secara lebih mendalam, pengadu yang membuat laporan polis terbabit disoal dengan teliti kita dapati bahawa dia telah membuat laporan palsu.

“Mangsa yang dikatakan diculik sebenarnya tidak diculik, kakak kepada remaja terbabit telah membantu kedua-dua mangsa untuk melarikan diri sebab mereka dikatakan didera ibu saudara mereka. Itulah alasan diberi pengadu telah membantu mereka melarikan diri, ” katanya.

Pada masa sama katanya, polis menjalankan operasi untuk mengesan kedua-dua mangsa terbabit dan berjaya menjumpai mereka dalam keadaan selamat di sebuah rumah rakan mereka sebelum dibawa ke Balai Polis Gita.

“Saya difahamkan kes ini telah tular satu Sarawak dan masyarakat pun gusar, polis pun bimbang juga sebab kita tidak pernah dengar kes sebegini, tidak pernah dengar kes di Sarawak ini berlaku penculikan lelaki berpoteng yang menarik kanak-kanak masuk ke dalam van tidak pernah berlaku di Sarawak dan dengan adanya laporan polis kita percaya ia benar tetapi setelah disiasat ia tidak benar, ” katanya.

Malah, dedahnya lagi, van milik seseorang yang tidak ada kena mengena telah ditularkan yang mengatakan van berkenaan terlibat dalam kes penculikan itu.

“Tidak patutlah orang buat sebegini dan ada juga tular mengatakan penculik telah ditangkap itupun tidak benar kerana tiada penculik dalam kes ini.

“Pemilik van terbabit telah membuat laporan polis, tidak adil kepadanya kerana dia terpaksa datang ke balai untuk menafikan perkara tersebut,” tegasnya.

Sehubungan itu, Dev mengingatkan masyarakat terutamanya pengguna media sosial agar menyemak terlebih dahulu sesuatu berita sebelum menyebarkannya kerana bimbang akan mendatangkan panik dalam masyarakat.

Beliau menganggap media sosial ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan, contohnya kes ini yang mana ia mendatangkan keburukan, kes penculikan yang tidak berlaku dikatakan berlaku.

“Justeru, kita menasihati orang ramai untuk menyemak dahulu sesuatu perkara sebelum ditularkan, sebab itu kita beri tindakan yang cepat dalam kes-kes sebegini, saya tidak salahkan ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana mereka telah ditipu pengadu.

“Sama dengan polis telah diperdaya, ini mendatangkan trauma kepada ibu bapa setelah mendengar anaknya diculik mereka percaya ia benar, itu tindakan semula jadi sebagai ibu bapa kerana mereka telah diperdaya termasuk juga kita,” ujarnya – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news