Wanita terkejut terjumpa ular tedung dalam tandas di Miri 0 6444

Miri: Seorang wanita terkejut apabila terjumpa seekor ular tedung di dalam tandas di sebuah rumah di Taman Desa Seri semalam.

Menurut wanita tersebut, dia mahu masuk ke tandas disebabkan mahu mandi, namun terkejut apabila seekor ular tedung sedang melingkar di dalam tandas.

Susulan daripada kejadian, wanita tersebut menjerit ketakutan lalu memanggil suaminya.

Suami wanita berkenaan kemudian memghubungi APM untuk menangkap ular berkenaan. Difahamkan ular berkenaan berjaya ditangkap oleh pihak APM menggunakan peralatan khas – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13016

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12488

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news