Individu cederakan Adib perlu diheret ke mahkamah – Anwar 0 6659

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu individu yang menyebabkan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, parah dipukul ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu, dihadapkan ke muka pengadilan.

Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak terbabit kerana mereka berani menyerang dan mencederakan kakitangan kerajaan.

Katanya, biarpun rusuhan itu adalah perkara sensitif, namun jangan sesekali melanggar ‘hukum’ dengan memukul anggota kerajaan hingga menyebabkannya parah.

“Soal orang yang melanggar hukum ini (melanggar undang-undang) mesti diambil tindakan tegas, supaya orang lain menghormati kita (kerajaan).

“Kalau dia (perusuh) sekadar membantah, itu boleh diterima, tetapi jika sampai tahap memukul kita tidak bertoleransi,” katanya berucap pada Majlis Kesyukuran sempena kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Dewan Kampung Bagan Pinang, di sini, malam ini.

Anwar berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari bagi mengetahui perkembangan kes dan dimaklumkan ia memerlukan dua atau tiga hari lagi untuk diselesaikan.

“Setahu saya kes ini (perpindahan kuil) sudah dirunding sejak pentadbiran Menteri Besar terdahulu (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), yang membabitkan pelbagai pihak dan pampasan.

“Saya menganggap mungkin maklumat perbincangan hanya pada peringkat jawatankuasa kuil dan tidak sampai kepada penduduk sebelum berlaku rusuhan,” katanya.

Anwar berkata, penganut Hindu adalah pihak yang sensitif dan sebarang perpindahan (kuil) atau simbol keagamaan mesti dilakukan mereka sendiri.

Sementara itu, mengulas ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), beliau berkata, ia tidak boleh ditolak pada peringkat antarabangsa.

“Jika kita menolak ICERD bulat-bulat tanpa mengkajinya terlebih dulu, ia tidak bagus seolah-olah menunjukkan Malaysia menyokong diskriminasi kaum dan agama.

“Bagi sentimen orang Melayu, jika kita meratifikasi ICERD kononnya mempertikaikan hak Melayu sedangkan Perlembagaan sudah disepakati semua kaum termasuk bahasa dan agama rasmi negara,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13016

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12488

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news