Warga emas 74 tahun hilang di Sungai Julau, selipar di tebing, perahu hanyut 50 meter 0 6078

SARIKEI: Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas gagal pulang ke rumah sejak jam 11 pagi semalam, setelah keluar menjenguk kebunnya, berhampiran Rumah Unsa, Jagoi, Pakan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.56 petang semalam, daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Julau.

“Sebuah pacuan empat roda dengan empat anggota kemudian diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, untuk mengumpul maklumat awal dan melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Laporan awal kata Ling Hii, mengesyaki mangsa hilang di sungai.

“Biarpun tiada saksi di lokasi kejadian namun pihak keluarga menemui perahu mangsa yang hanyut dan tersangkut kira-kira 50 meter dari lokasi tempat mengikat perahu.

“Pakaian serta barangan peribadi mangsa dijumpai masih di dalam perahu manakala seliparnya di tebing sungai tempat menambat perahu.

Laporan polis kepada Balai Polis Julau hanya dibuat pada jam 4 petang, setelah keluarga mangsa mengesyaki dia terjatuh ke dalam sungai.

Mangsa dikenal pasti sebagai Ukat Abon,74 tahun berasal dari Rumah Serit, Tanah Putih, dekat sini.

“Keadaan air sungai di lokasi adalah deras kerana air naik berikutan hujan. Ia menguatkan teori bahawa kemungkinan mangsa hanyut ke hilir sungai.

Pencarian kata Ling Hii, dilakukan bersama-sama oleh penduduk rumah panjang menggunakan bot.

“Operasi bagaimanapun ditangguhkan pada jam 6.22 petang semalam dan akan diteruskan pagi ini.

“Setakat pagi ini, mangsa masih belum dijumpai,” katanya. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13189

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news