KUCHING: Seorang warga emas berusia 82 tahun ditemui mati dalam keretanya di Jalan Ong Kee Hui di sini, hari ini.
Mangsa dikenali Lau Ah Min ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pejalan kaki ketika melalui kawasan tersebut sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.
Dalam insiden kira-kira 3 petang itu, mangsa dipercayai dari Jalan Chawan ditemui duduk di tempat duduk pemandu.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang tiba di lokasi kejadian.
Setakat berita ini ditulis, belum ada pengesahan lanjut di pihak polis.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut. -Utusan Borneo Online