Warga emas disangka monyet cedera ditembak 0 6200

SIBU: Seorang lelaki warga emas cedera terkena tembakan apabila disangka monyet oleh seorang pemburu di kawasan hutan Kampung Balan, Jalan Melekun, dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.40 petang itu, mangsa berumur dalam lingkungan 60-an mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan apabila ditembak menggunakan senapang patah ketika memanjat pokok dabai.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian berkata susulan kejadian itu, suspek yang juga 60-an menghantar mangsa ke Hospital Kapit untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kapit.

“Mangsa cedera di bahagian sebelah punggung, siku kiri, belakang badan kiri dan bawah peha kanan akibat tembakan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa cedera terkena tembakan apabila disangka monyetKatanya, pengadu tidak menyedari bahawa mangsa yang berada di atas pokok dabai itu ialah rakan sekampung sebaliknya memikirkan ia seekor monyet.

Mangsa kini sedang menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.Freddy berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960.

“Senapang patah berserta lesen senapang yang disyaki digunakan dirampas untuk siasatan lanjut. – Utusan BorneoΒ Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news