Warga Jepun cedera ketika mendaki Gunung Mulu di Miri 0 6423

MIRI: Seorang warga Jepun bernasib malang apabila cedera ketika mendaki Gunung Mulu sekitar jam jam 9 malam kelmarin.

Menurut info dari pihak bomba mangsa mengalami cedera setelah mangsa tidak dapat berderak setelah tiga hari pendakian.

Mangsa yang dikenali sebagai Akihiro Noda, 25 tahun difahamkan mengalami keretakan di bahagian punggung dan lebam di bahagian tulang rusuk.

Setakat ini mangsa berada di Camp 4 Gunung Mulu dengan ketinggian dari paras laut 1,820 meter dan operasi mengeluar dan menyelamat mangsa sedang dilakukan oleh pihak bomba. – Kamek Miak Sarawak

Kumpulan pendaki tersebut terdiri daripada dua warganegara Jepun (penyelidik) dan tiga porter. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12903

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news